Kamek Sayang Kitak!
Lontar suara dari dalam hati. Nyaring tetapi tiada seseorang pun dapat mendengarnya. Sudah lama dipendam. Ianya amat berat untuk diluahkan. Luahan hati si gadis buat insan yang dicintainya. Ya, hanya di dalam hati dan tidak mungkin akan didengari oleh si jejaka. Jiwanya menangis, merintih merindui, mencintai. Tiada siapa pun tahu mahupun mengerti.
Tangisannya kian reda. Hanya ombak dan pantai sahaja yang menjadi pendengar setia tangisannya. Mutiara jernih yang jatuh ke pipi diusap. Pandangannya dilontarkan ke arah lautan yang terbentang luas. Rindunya pada lelaki itu. Rindu yang menggunung tingginya. Rindu yang telah tercipta membuahkan rasa cinta yang tidak bertepian.
Gadis itu tersenyum. Ada sesuatu yang bermain dibenaknya. Dia mula merangka bagaimana ingin meluahkan hasrat hatinya pada si jejaka. Soalnya, mampukah dia meluahkannya? Mampukah dia mengambil risiko itu? Senyumannya kian hilang. Perlahan dan perlahan. Gadis itu sedar akan kekurangan yang ada pada dirinya. Jika dilihat pada dirinya, dia tidak punya apa-apa pun kelebihan jika hendak dibandingkan dengan si jejaka. Berkarisma, tampan, segak dan bergaya. Itulah antara ciri-ciri yang ada pada si jejaka yang membuat dirinya tertambat.
Mata lelaki itu selalu diselindungi dengan sepasang cermin mata berjenama Ray-Ban. Mata. Mata lelaki itu mampu mengetarkan jiwanya dan kerana mata itu juga dia jatuh hati pada pandang pertama. Lelaki itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri kerana ketampanannya dan juga sifat prihatinnya pada semua orang terserlah. Oleh itu, ramai gadis-gadis meminati dan cuba untuk mendampingi lelaki itu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete